pengikut comel

Monday, November 14, 2011

dedikasi untuk dia..

20 Julai 2010.. 


Dia, lelaki ini. lelaki dalam gambar ini. mencuri perhatian aku pada tarikh itu. :) lelaki yang aku x sangka akan berada di sisi aku sekarang. yang aku x penah sangka dia akan berada di dalam hati yang paling dalam. :) Abd Farid Jelani nama lelaki itu. dan demi masa yang panjang, aku terlupa aku punya hati yang telah terjatuh dalam kasih sayang yang aku hanya mampu simpan. :) 


satu hari dalam bulan Oktober 2010 .. 


masa ni, aku tau aku x boleh nak tipu diri aku sendiri lagi dah. masa ni aku buat satu pengakuan dengan abg aku. abang yang sentiasa ada pada jatuh bangun aku. :) abg yang tengok macam mana aku menangis bila dia dengan orang lain masa tu. tapi aku tak salahkan la dia. keadaan aku ada masa tu memang pada masa yang salah.;) jatuh cinta jugak pada masa yang salah. tapi, aku sorok semua sebab aku tak nak kehilangan dia sebagai seorang sahabat pada masa 2. :) tapi, keputusan manusia x penah aku boleh halang. dia hilang buat pertama kalinya dan aku teruskan kehidupan aku seperti biasa. still aku pendam lagi rasa tu. :) aku cuba bersama lelaki lain. yang bagi aku luka yang sangat dalam. ternyata, tak pernah ada yang boleh gantikan dia. :) tapi, persahabatan tu aku teruskan seperti biasa. :) masa tu harapan masih tinggi. dan lagi sekali aku ditolak. :) dia hilang buat kali kedua. 


hujung bulan dalam bulan disember 2010.. 


KL. buat pertama kalinya dalam hidup ego aku hilang. :) buat pertama kalinya hati aku sakit. kecewa sangat2. terkejut, sedih,terasa, rindu, marah, sayang. semua jadi 1. nampak bayang dia, depan TS tu, kaki ni setapak kebelakang. tapi masa tu, ego aku aku still pertahan. ego aku, aku letak setinggi2 nya. aku buat semuanya nampak macam biasa. tapi tuhan yang tau hati ni mcm mana. :) sebenarnya susah nak berlakon macam semua okay sebab aku bukan sorang pelakon yang baik. :) dan buat pertama kalinya air mata aku jatuh pada malam tu. depan orang ramai. aku ingat masa 2. :) tapi semua salah aku.. bukan orang lain tapi aku.  and aku balik ke penang , dengan tekad biar aku yang mengalah. :)


satu petang dalam bulan Mac 2011. 


1 pesanan ringkas menjelaskan semua isi hati. :) segala kekuatan yang aku ada aku gunakan untuk luahkan apa yang sepatutnya aku luahkan. dan ternyata jawapan yang aku tahu memang tepat. :) namun , masih aku cuba tersenyum. :) seikhlas hati. aku cuba buang semua perasaan tu tapi x berhasil. dan aku simpan dalam2 juga tanpa harapan lagi. :) dan aku cuba mencari manusia lain yang mungkin boleh membuat aku lupa apa yang aku rasa. :) ternyata lagi, menipu hati sendiri tu lebih susah dari menipu seorang manusia. :) mana aku berada, apa aku rasa, apa aku buat, apa aku fikir, tak pernah ada nama lelaki lain itu. lakonan aku menjadi namun hanya luaran. :) bukan dalaman. 

20 Julai 2011 


setahun. lama kan. :) aku just mampu ucapkan selamat ulangtahun perkenalan yang ke 1. :) TAHUN. and aku still diam. :) dan masih bersama lelaki itu. tapi semuanya x pernah bahagia. dan aku tinggalkan lelaki itu kerana aku tak punya kebahagiaan dan penipuan yang tiada sorang wanita pun sanggup menerima. :)


1.11.11 


hanya senyuman yang mampu aku beri pada masa ini . dan ini hanyalah untuk dia. abd farid jelani. :) 
bukan sebab rupa aku menyayangi dia. bukan sebab kesempurnaan aku mencari dia . kerana dia bukan lelaki lain yang selalu melukakan. kerana dia bukan lelaki lain yang selalu mengecewakan. :) kerana dia selalu menjadi lelaki yang menyenangkan. dia menjadi satu-satunya lelaki yang selalu menghiburkan. walaupun aku terjatuh dan x mungkin akan bangun lagi. kerana dia adalah semangat, kekuatan aku untuk aku teruskan hidup. kerana dia bukan lelaki yang akan meninggalkan aku sorang2. :) kerana dia selalu menghiburkan sehingga aku lupa semua kesakitan. kerana semua senyum yang aku beri adalah kerana dia. :) bukan menyanjung untuk simpati seorang lelaki. tetapi curahan isi hati dari aku untuk dia. yang sebelom ini aku tak pernah punya peluang untuk luahkan. :) buanglah rasa bersalah tu b. semua manusia bukan sempurna. semua manusia ada kesilapan. semua manusia x pernah lepas dari semua tu. dan semua manusia layak mendapat kemaafan. :) dan juga peluang kedua. ada b tanya, apa bertuahnya kalau dulu selalu menyakitkan. :) bertuahnya syg sebab b x pernah hilang , ada walaupun x pernah nampak. x pernah pergi walaupun sayang yang pergi. selalu ada bila syg perlu. :) kesalahan syg, jatuh cinta pada masa yang salah dan x penah bagi peluang untuk perasaan tu pergi. :) maafkan syg. sebab sygkan b dari dulu sampai sekarang. :) hati ni. peluang terakhir buat diri syg, untuk b. bagi peluang sekali saja. syg x mintak lebih. :) sekali saja peluang untuk x hilang b lagi. :') I Love You. thank you for everything. :D

No comments: