pengikut comel

Sunday, April 22, 2012

if ever..

mood : swing + letih 
lagu : what's make u beautiful 
lokasi : office bukan abah aku punya. 

if ever.. perkataan tu pendek ja. tapi banyak yang boleh di elaborate mengenai ayat tu.  

jika nanti , ada yang terluka dengan apa yang aku katakan, apa yang aku lakukan, jadi maafkanlah aku. aku bukan manusia sempurna sepertimana yang diingini. :) 

jika ada sesuatu yang aku lakukan menimbulkan rasa sayang mahupon benci dan jika aku tak mampu memberikan yang terbaik maka beritahulah aku. sebab aku selalunya terlupa apa yang aku x penah sedar aku lakukan. 

dan yang paling penting, 

jika ada lelaki yang mampu menjaga aku lagi, yang mampu membuatkan aku tersenyum lagi setiap saat dalam hari-hariku, sepertimana apa yang aku rasakan selama ini, maka apabila kau muncul lagi dalam hidupku, aku akan berjanji, aku akan sedaya upaya menjaga mu , hatimu dan semuanya agar kau tak terasa luka yang aku rasakan. :) dan apabila kau hanya hadir untuk mengecewakan hatiku sepertimana apa yang aku rasakan dari mereka yang aku sayang sepenuhnya, maka dari mula kau tolak lah aku sebelum sempat aku jatuh cinta. dan jika hadirmu ikhlas untuk membahagiakan aku, maka aku berharap agar kau tak mensia-siakan aku. kerana hati aku hanya satu. dan x pernah terbahagi menjadi dua mahupun tiga. dan apabila terlihat dihadapanku manusia yang layak aku menjaga hatinya, maka aku akan berikan bahagia yang aku sendiri perlukan. dan jika sayang ku melemaskan mu, maka pergilah sejauhnya agar aku tak dapat mencarimu lagi. kerana luka hati masih ada. hancur hati masih tak terubat. jika hadirmu nanti akan menambahkan duka, maka aku pohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah dia dariku seperti mana kau jauhkan  insan yang aku sayang. dan jika benar masih ada lagi hati aku kepadanya walhal dia sebaliknya, maka kau berikanlah yang terbaik buatku wahai Tuhan. perginya dia , aku redha. dan aku tau dia x kan kembali seperti dulu. sebab apa yang menjadi hakMu yang kau berikan buatku, telah kau tarik dari dirinya walaupun sebuah persahabatan yang aku kekalkan selama ini. :) 

dan bila aku menyukainya tetapi dia menolak. maka aku diamkan diri. :) pergilah, dan datanglah bila kau bersedia. :) 

dan jika dia adalah untukku maka kau berikanlah kami peluang bersama melalui izinMu ya Allah. jika dia bukan untukku, seperti biasa kau hilangkan lah perasaan ini. :) 

2 comments:

ed shahir said...

aminnnn.. semoga termakbul doa cik sara majed kita nie.. :)

raraRAWR said...

amin amin. abg ed pon jgn sesedih. msti ada sorg yg Allah simpan yg terbaik utk kita. :)